Monday, 13 February 2012

Tidak tersentuh atau tidak disentuh?

Saya sering ‘bloghop’. Tulisan-tulisan orang lain yang lebih berilmu (dengan sijil atau tidak, mungkin yang tidak beriktiraf lebih ramai? :] ) sering mengusik hati saya.

Sedih. Terharu. Gembira. Tenteram. Aman. Terjawab.
Menangis. Senyum. Ketawa. Mengulum? Kelat? – hehe.. tiada definisi tepat untuk perkataan ini..

Tetapi sampai satu-satu masa, bacaan saya itu tidak menyentuh hati saya. Malah ada juga yang saya tinggalkan kerana tidak tersentuh. Sedangkan artikelnya sering menitiskan air mata saya sebelum ini.

Pada mulanya saya berfikir, mungkin mereka hilang idea untuk menarik minat pembaca. Senang sungguh membuat generalization. Ada ketika pula saya merasakan ilmuwan ini tidak ikhlas menulis artikel hingga saya yang dahagakan ilmu ini tidak teringin untuk menyambung bacaan.

Selepas beberapa ketika, saya tiba-tiba didatangi rasa takut.

“Allah tidak mahu menyentuh hati saya lagi. Allah telah ‘meninggalkan saya sebentar!”.
-saya sedang menangis sambil menulis hakikat ini..

Allah, Saya betul-betul insaf! Bukanlah orang lain yang tidak pandai menulis dan berbicara. Malah sayalah yang Allah sedang tegur, tanpa tulisan dan kata-kata. Ampunkan aku Ya Rabbi!

Allah tidak menegur sepertimana orang lain menegur. Kita tahu kita sedang ditegur, dimarah atau dipuji oleh seseorang secara terus. Dijerit, diherdik, suara lemah lembut, lunak, merdu – itu cara manusia. Tetapi halusnya Allah ‘berbicara’; kita perlu SEDAR untuk mengetahuinya.

Hakikat bahawa saya sedar bahawa Allah indirectly menegur saya berfikir menyebabkan saya semakin sedih. Banyak perkara yang boleh terjadi dalam hidup sehari-hari yang menceritakan kasih sayang dan betapa ‘care’nya Allah terhadap kita tetapi kita tidak sedar. Tidak ‘alert’. Semuanya berlalu begitu sahaja. Dianggap biasa. Malah ia diterjemahkan sebagai nasib baik atau nasib buruk. Sedangkan Allah sedang berbicara. Dengan sesuatu yang kita tidak sangka.

Bersyukurlah diri. Kerana kamu sedar yang Allah sedang berbicara. Kamu disedarkan Allah daripada tanggapan kamu mengenai dunia.

Beruntunglah kamu, Salwana Salihan..kamu ditegur Allah.

Tuesday, 7 February 2012

Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Februari 2012


Sumber: ustazazhar.net

Di mana inspirasi?

Saya tidak rajin menulis. Tapi sekali saya menulis, kalah kertas Bahasa Melayu tingkatan 6! Inspirasi kali ini datang daripada Prof Kamil. Terima kasih. Saya akan terus mencuba.

Ia lebih kepada kepuasan diri. Saya dan Ilahi..

Buku yang tersusun di rak depan kaunter bayaran MPH sudah berubah. Saya ‘aim’ untuk beli sebuah buku tempohari. Tentang tokoh-tokoh kepimpinan Islam. Tajuknya saya lupa.

Tiada rezeki. Mungkin kali lain. Insya-Allah cuba jenguk MPH Mid Valley Khamis ini.