Wednesday, 27 July 2011
Kesalahan sebagai satu ajaran daripada Allah
Pernah terjadi tak, apabila kita melakukan satu kesalahan, kita tiba-tiba tahu apa yang perlu dilakukan apabila/ sebelum berdepan dengan situasi begitu?
Satu perkara yang baru terjadi kepada saya. Suatu hari, saya telah gagal kepada syaitan lalu melakukan kesalahan berulang yang setiap kali saya lakukan, saya akan menangis dan bertaubat tidak akan mengulanginya. Apabila saya lakukan lagi pada kali ini, saya fikir terlalu hipokrit diri saya ini. Kenapa kauulang lagi? Apa gunanya kaubertaubat? Adakah kamu menipu dalam bertaubat? Hanya cakap tapi tidak istiqamah?
Saya takut saya menipu Allah (bagaimana mungkin!). Tergamaknya saya melakukan semua itu. Namun Allah ada perancanganNya sendiri. Siapalah manusia untuk mengetahuinya.
Saya telah berdoa dan berdoa supaya jadikan saya seorang yang merendah diri. Sering saya dengar ceramah yang mengatakan orang biasa diasak oleh syaitan dengan sogokan dosa yang nyata – mendedahkan aurat, meminum arak, meninggalkan solat. alim ulama atau yang lebih beriman diduga dengan sesuatu yang tidak nyata – riak dalam beribadah, perasaan melakukan sesuatu kebaikan kerana manusia, merasakan diri lebih bagus daripada orang lain. Semua yang membunuh pahala dan keikhlasan kepada Allah.
Saya sedang CUBA menjadi lebih baik dalam ibadah. Namun saya sering diganggu oleh pujukan dan bisikan syaitan supaya merasa bangga, menzahirkan ibadah kepada mata manusia lain (atas alasan biar mereka belajar cara yang betul – contohnya; berwuduk) dan supaya merasa saya lebih baik daripada orang lain. SUNGGUH. Saya merasakan saya tidak berfikir begitu. Tapi ada suara-suara yang memberitahu saya bahawa kamu kena begitu dan begini kerana sesuatu alasan yang mazmumah. Saya mencari cara bagaimana mengelakkannya. Pada setiap kali ia berdetik, saya terus mengatakan kepada Allah, “ Ya Allah, bukan aku yang berfikir begitu. aku tidak melakukan ia kerana lain selainMu, ya Allah”.
Sukar.
Tiba-tiba saya melakukan kesalahan ini. Saya rasa hina. Hina sungguh! Bukankah saya telah bertaubat? Apakah Allah telah meninggalkan saya? Tidak mahu lagi saya mendampingiNya?
Tiba-tiba datang suatu pemikiran kepada saya. Ia bagaikan berita gembira dalam segala kesedihan ini. Bukankah Allah sedang memakbulkan doa saya? Saya kini rasa hina. Saya rasa rendah diri dan berada di bawah. Perasaan hina ini didatangkan kepada saya kerana saya yang berdoa begitu. kini Tuhan sedang menjadikan saya seperti apa yang saya inginkan.
Bukankah Allah sedang memakbulkan doa saya?
Maka rasa bahawa Dia tidak mahu lagi kepada saya, tidak lagi menyayangi saya, tidak mahu lagi ibadah saya – menjadi suatu yang terlalu RIDICULOUS. Haha. Terlalu + ridiculous adalah penambahan perkataan untuk menunjukkan ia lebih teruk daripada ridiculous itu sendiri.
Maka saya berasa gembira.
Maka saya rasa bersyukur. SUNGGUH bersyukur. BERSYUKUR yang terlalunya…
Labels:
life,
miracles of Allah,
muhasabah
Friday, 8 July 2011
Allah Ajarkan Membawa Jiwa MenghadapNya | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Memujuk diri
Saya masih terasa dengan layanan seorang hamba Allah yang saya pernah tegur ini. Walaupun ia hanya ‘tag’, namun dia menganggap seperti menghina dirinya. Katanya kepada seorang teman; dulu saya sering menghina/ memandang rendah dirinya. Jadi dia tidak suka dan tidak dapat menerima teguran saya itu. Ia dikategorikan sebagai menghina.
Saya terima bahawa saya pernah jahil dulu. Saya pernah memandang salah itu sebagai salah, bukan sebagai peluang untuk membaiki dan memuhasabahkan diri (tak sedar ia hidayah Allah & peluang menambah pahala). Saya tengok dari satu sudut sahaja.
Alhamdulillah sekarang saya melihat apa yang terjadi di sekeliling saya dari pelbagai sudut. Mampu?. Tidak. Tapi saya cuba . Dan saya dapat lihat pelbagai hikmah dan kebesaranNYA. Allah..bila DIA berkehendak menunjukkan kepada hambanya yang entah siapa ini, DIA terus saja tunjuk tanpa hijab. Dan hamba ini akan merasakan dia dipentingkan oleh RABnya. Rasa menjadi ‘somebody’. Tidak lagi rasa tersisih.
Alangkah baiknya jika saudara (rujuk entry “Patutlah Allah suruh”) yang tadi itu nampak akan hikmah-hikmah di sekelilingnya. Mengapa tidak dia berfikir, apabila terlalu ramai yang menegur dia dalam satu masa (terlalu ramai yang tag mengenai isu itu), bahawa Allah mengutuskan hidayah kepadanya bertubi-tubi. Allah terlalu sayangkan dia. Allah mementingkan dia. Malah Allah terlalu mementingkan dia pada masa itu lalu menegurnya bertubi-tubi agar dia kembali kepadaNYA.
Sibuk saya bertanya mengapa dia tidak itu dan ini. Apa muhasabah saya?
Saya jadi takut. Adakah saya tidak ikhlas dengan Allah?. Adakah saya merasakan diri saya bagus?. Na’uzubillah. Minta Allah jauhkan. Sedangkan kita tidak tahu siapa yang ditakdirkan syurga dan siapa pula sebaliknya. Entah esok atau lusa, Allah mematikan seorang jahil yang baru sesaat tadi menerima hidayah dan bertaubat nasuha. Ya. Dalam masa seminit itulah dia bersih suci. Dosa terpadam dek taubat yang diterima. Maka tidakkah syurga itu miliknya?. Sedang saya kala itu sedang bergelut dengan godaan syaitan yang sering kali menipu saya. Jika Allah memanggil saya ketika saya tewas dalam godaan itu, maka saya di mana?
Allah, ampunkanlah aku…
Saya cuba menguatkan diri untuk mengadu dengan Allah sahaja. Tidak dengan orang lain. Namun saya lemah. Hati yang sedih ini mahu terus mengadu kepada manusia. Ia satu kegagalan pada saya. Walaupun Allah mendatangkan manusia yang ramai itu juga untuk comfort each other, tapi dari satu sisi, ia mungkin terkategori sebagai mengumpat. Maka apa yang saya kumpul apabila mengadu? Lebih banyak dosa.
Tidak mengapa wahai zuriat Fatimah. Apabila kamu terasa sedih kerana seseorang yang lain memutuskan silaturrahim dengan kamu, maka kamu itu disayangi Allah. Kerana kamu terasa sedih, kerana kamu mahu memulihkannya. Bermakna Allah menghadiahkan hidayah kepada kamu. Bersyukurlah. Kamu masih terasa apabila sesuatu yang dimurkai Allah dan dibenci rasulullah berlaku. Allah sayangkan kamu. Allah pelihara hati kamu.
Biarlah dia yang belum mengerti. Sertakan namanya dalam doa kamu setiap hari. Moga dia juga Allah sayangi. Lalu Allah kurniakan hidayah kepadanya.
Amiin..
Subscribe to:
Posts (Atom)