Friday, 25 November 2011

Today's magical phrase..

“Let go, let God..” (Ustaz Pahrol Juoi, genta-rasa.com)

Ia bermakna, lepaskan & pasrahlah kepada Allah.
It means, let it go & surrender everything to Allah.

Mind, body, soul. Everything in between. When facing trouble, sadness, feels mistreated, misused, musibah, know that it is part of being His servant. He loves you. He tested you. And He will test you more. All because of love.

So don’t despair. “la tahzan”. Don’t be sad. Don’t fall down. This is the chance. To prove that you are that servant. That servant from that small group. That with Allah’s redha; will ascend to heaven.

Friday, 18 November 2011

Cita-cita

Imam Syafi'e menjadi mufti pada umur 15 tahun.
Al-Fateh mengetuai tentera menawan Konstantinople pada umur 21 tahun.
Wahai adikku; Faliq..tidakkah kamu dengki dengan mereka-mereka ini..?

Kak Ngah doakan kamu bercita-cita kerana Allah dan mencapai sesuatu fi sabilillah sebelum 25 tahun. Ia sebagai langkah pertama.

Dan selepas itu lebih banyak lagi, wahai Faliq…

Wednesday, 9 November 2011

Berubah

Saya nak berubah. Saya sedang berubah. Ke arah Allah. Tapi sedikit demi sedikit. Dan kadangkala hampir melencong. Mujur Allah selamatkan saya. Berkali-kali. Saya juga melakukan kesalahan setiap hari. Hakikat saya sebagai manusia. Hamba.

Saya mahu berubah dengan drastic lagi. Tidak terburu-buru. Tapi bergerak dengan langkah yang lebih besar. Bagaimana ya? Saya mahu 100% memberi tumpuan kepada hakikat saya sebagai hamba. Tinggalkan perkara yang masih susah ditinggalkan.

Doakan saya. saya benar-benar mahu berubah. Berubah yang sebenarnya.

Thursday, 3 November 2011

DIA itu Maha Memberi lagi Maha Membalas

Tadi tergerak hati. Lalu tangan kanan ini memasukkan 3 keping ke dalam bekas itu. Kecil saja nilainya. Note tanpa kosong di belakangnya.

Tiba-tiba di pejabat “akak, akak dapat saguhati RM 100. Jabatan beri sebab akak tolong time raya hari tu”. Subhanallah. Ia hanya sedikit. KAUbalas begitu besar, ya Allah. Malu saya kepada Pencipta.

Tengahari itu “kak, lunch hari ni di kedai atas tu ya. Saya belanja”.

ALLAHUAKBAR. Khabar gembira dariMU itu bertalu-talu!