Friday, 21 December 2012

Sudahlah..

Sudahlah amal sedikit, bila beramal ragu-ragu..
Perjalanan menuju Allah itu sukar..

Orang lain sudah memegang tombol syurga..
Kaumasih kekal bersoal jawab dengan syaitan, apakah solat itu sah atau tidak.

Hadis riwayat Muslim: "Rasulullah saw bersabda, apabila salah seorang daripada kalian atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah medengar suaranya (keluarnya angin) tau mencium baunya".

Wednesday, 21 November 2012

Donate

Qunut Nazilah

For my reference...& hopefully yours too! (^_^)

Sheikh Mishary Rashed Alafasy:
http://www.youtube.com/watch?v=aLPgOgU8l6o&feature=youtube_gdata_player

Another link, with Arabic & Malay translation:
http://www.youtube.com/watch?v=jybaiuDaGCA&feature=youtube_gdata_player

Monday, 19 November 2012

Ghazah

Heard one of my colleague condemned those who joined the boycott today. Sad. I was, am & will always be, day & night, praying that Allah soften his heart..

Sunday, 18 November 2012

An ordinary day..

This was taken after the rain today..it's my niece..

Wednesday, 14 November 2012

Sunday, 21 October 2012

Faith

Tuhan memilih

"...Sekiranya bukan kerana kurnia & rahmat Allah kepadamu, tentulah kamu mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja (di antara kamu)". An-Nisa 83.

Saturday, 13 October 2012

Rain

A day that I like..Cold, yet comforting. It's been 2 days like this. The rain pours heavily yesterday evening till this morning. Pray to Allah that no one will face flood. It's all nikmah!

Monday, 27 August 2012

The ceiling of my room

Suddenly feeling glad looking at this just now. Home sweet home 🏠💓💓💓

Friday, 6 July 2012

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah | iluvislam.com discover the beauty of islam

Lalu Allah berfirman
"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Tuesday, 26 June 2012

Allah..rugi rasanya terlambat membaca 'post' yang ini..

Daripada http://langitilahi.com/7734

"Islam benarkan kita terbang seperti layang-layang, tetapi mestilah bertali agar tidak jadi layang-layang yang lepas pergi begitu sahaja.."

Wednesday, 20 June 2012

Prepare for prayer

from muslimagnet.tumblr.com

30 days to Ramadhan!

Rejab seperti angin yang mula bertiup
Sya'aban seperti sekumpulan awan hitam bergumpalan
dan Ramadhan adalah seperti titisan air hujan yang menurunkan seribu rahmat..


karya Abu Bakar Al-Warraq

Friday, 8 June 2012

Mereka tidak belajar daripada sejarah

Daripada saifulislam.com: Doa si Mazlum


“Takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi, biar pun dia itu seorang KAFIR. Sesungguhnya di antara ALLAH dan si KAFIR MAZLUM yang berdoa itu TIADA HIJAB antaranya” [Sahih al-Jaami' 119]

Buat pembelot amanah Allah..

Daripada saifulislam.com: Pergilah, Asal Bukan di Sini
Buat para zalimin yang masih angkuh mendabik dada, dengarlah amaran Allah kepada manusia, baik kamu mahu pun kami:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]



Thursday, 24 May 2012

Ujian


Apakah ujian Allah itu hanya dengan kedukaan?
Tidak.

Allah juga uji dengan kegembiraan.
Allah uji dengan rasa tidak apa-apa.

Jadi, tiap-tiap pagi sentiasa tanamkan pemikiran ini:
“Alhamdulillah. Another gift from Allah; a chance to live another second. Apakah ujian Allah yang perlu aku lalui hari ini?”.

Sentiasa aware.
Sentiasa sedar diri diawasi. Dilihat. Disukat. Being judged.
All by Allah.

Monday, 13 February 2012

Tidak tersentuh atau tidak disentuh?

Saya sering ‘bloghop’. Tulisan-tulisan orang lain yang lebih berilmu (dengan sijil atau tidak, mungkin yang tidak beriktiraf lebih ramai? :] ) sering mengusik hati saya.

Sedih. Terharu. Gembira. Tenteram. Aman. Terjawab.
Menangis. Senyum. Ketawa. Mengulum? Kelat? – hehe.. tiada definisi tepat untuk perkataan ini..

Tetapi sampai satu-satu masa, bacaan saya itu tidak menyentuh hati saya. Malah ada juga yang saya tinggalkan kerana tidak tersentuh. Sedangkan artikelnya sering menitiskan air mata saya sebelum ini.

Pada mulanya saya berfikir, mungkin mereka hilang idea untuk menarik minat pembaca. Senang sungguh membuat generalization. Ada ketika pula saya merasakan ilmuwan ini tidak ikhlas menulis artikel hingga saya yang dahagakan ilmu ini tidak teringin untuk menyambung bacaan.

Selepas beberapa ketika, saya tiba-tiba didatangi rasa takut.

“Allah tidak mahu menyentuh hati saya lagi. Allah telah ‘meninggalkan saya sebentar!”.
-saya sedang menangis sambil menulis hakikat ini..

Allah, Saya betul-betul insaf! Bukanlah orang lain yang tidak pandai menulis dan berbicara. Malah sayalah yang Allah sedang tegur, tanpa tulisan dan kata-kata. Ampunkan aku Ya Rabbi!

Allah tidak menegur sepertimana orang lain menegur. Kita tahu kita sedang ditegur, dimarah atau dipuji oleh seseorang secara terus. Dijerit, diherdik, suara lemah lembut, lunak, merdu – itu cara manusia. Tetapi halusnya Allah ‘berbicara’; kita perlu SEDAR untuk mengetahuinya.

Hakikat bahawa saya sedar bahawa Allah indirectly menegur saya berfikir menyebabkan saya semakin sedih. Banyak perkara yang boleh terjadi dalam hidup sehari-hari yang menceritakan kasih sayang dan betapa ‘care’nya Allah terhadap kita tetapi kita tidak sedar. Tidak ‘alert’. Semuanya berlalu begitu sahaja. Dianggap biasa. Malah ia diterjemahkan sebagai nasib baik atau nasib buruk. Sedangkan Allah sedang berbicara. Dengan sesuatu yang kita tidak sangka.

Bersyukurlah diri. Kerana kamu sedar yang Allah sedang berbicara. Kamu disedarkan Allah daripada tanggapan kamu mengenai dunia.

Beruntunglah kamu, Salwana Salihan..kamu ditegur Allah.

Tuesday, 7 February 2012

Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Februari 2012


Sumber: ustazazhar.net

Di mana inspirasi?

Saya tidak rajin menulis. Tapi sekali saya menulis, kalah kertas Bahasa Melayu tingkatan 6! Inspirasi kali ini datang daripada Prof Kamil. Terima kasih. Saya akan terus mencuba.

Ia lebih kepada kepuasan diri. Saya dan Ilahi..

Buku yang tersusun di rak depan kaunter bayaran MPH sudah berubah. Saya ‘aim’ untuk beli sebuah buku tempohari. Tentang tokoh-tokoh kepimpinan Islam. Tajuknya saya lupa.

Tiada rezeki. Mungkin kali lain. Insya-Allah cuba jenguk MPH Mid Valley Khamis ini.

Tuesday, 3 January 2012

2012

Apa yang mahu dibuat tahun 2012?
  1. melancong ke luar negara
  2. hafaz juz amma (naba x habis²)
  3. banyakkan bangun malam (cuba tanpa lewatkan Isya’)
  4. hafaz yaasin/ al-rahman/ al-waqi'ah (nak mula dengan yang mana satu..? hmm..)
  5. mula makan supplement
  6. banyakkan minum air masak
  7. banyakkan ke masjid (lepas kerja – Isya’)
  8. ..
  9. …