Wednesday, 15 June 2011

Ikhlas

Saya sedang mencari makna ikhlas dalam bekerja apabila disalah-ertikan. Bagaimana mahu mengenepikan rasa kecewa apabila boss tak percaya dengan tindak tanduk saya? Sedangkan Tuhan maha tahu betapa I’m now into Him, not those who prepares my paycheque.

Bagaimana mahu menumpukan diri kepada IKHLAS when being treated like this over and over and over again?

Wahai Allah bantulah.

Doakan saya.

Thursday, 9 June 2011

Ingatan Allah kepada kita


Oh pejuang
Di mana pun ada ketenangan
Di mana pun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang & pembelaannya
Bagi insan yang menyerahkan
Jiwa & raga, anak & isteri
Kepada Allah..

Rangkap yang meninggalkan kesan mendalam ke atas diri saya. Secara lahiriah, saya bukanlah ‘pejuang’ seperti apa yang diungkapkan dalam lirik tersebut. Tapi seperti yang semua sedia maklum, kita semua pun pejuang. Khalifah Allah, kan? Berjuang di muka bumi, menghadapi macam-macam dugaan Allah. Pun sebenarnya dugaan itu Allah sengaja datangkan untuk check; “umatKu yang seorang ini bagaimana imannya?”.

Terasa Tuhan prihatin terhadap kita. Sebab siapalah diri kita ni nak diuji-uji oleh Allah. Tapi Allah ingat juga kepada kita, lalu dia ‘test’ kita. DIA sayang kepada kita bukan?

Lalu dalam air mata ini, saya tersenyum. Moga-moga anda juga tersenyum.



Sunday, 5 June 2011

Perkenankanlah..

Tuhan..kalau boleh saya mahu adik saya yang seorang itu tergolong dalam kalangan yang seperti ini..http://jacknaim.blogspot.com/
Amin..